Tuesday, May 29, 2012

ApaBiLa PeLaJar SaiNs BeRCinTaN

Science Boy : Kasihku,ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tak membuat sebarang anggapan?

Kau  :  Aku tak percaya kpdmu kerana kau ada kekasih baru utk menjalankan tindakbalas penggantian ke
           atas diriku.

Aku  :  Kau jgn salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini,krn aku dan dia masih lagi unsure dan
           bukannya sebatian.

Kau  :  Tapi,aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dgn kesetiaan yg ku berikan.

Aku  :  Tapi cintaku padamu adalah pemalar!

Kau  :  Aku masih lg belum mengerti lagi krn penyelesaian yg kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku  :  Tapi aku mengamalkan hukum Newton ke-3 di mana tindak balas cintaku sama dengan cinta yang
            kau  berikan.

Kau  :  Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahwa kau adalah random mempunyai janji-janji manis
           yang bergerak secara rawak.

Aku  :  Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Kau  :  Tetapi mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku  :  Aku harus menggunakan perintang boleh laras utk mengurangkan rintangan itu.

Kau  :  Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku  :  Itu masih belum diketahui,tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dgn menggunakan mikroskop cahaya.

Kau  :  Aku khuatir engkau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku  :  Nampaknya kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian
           segi tiga utk menyelesaikannya.

Kau  :  Tapi aku telah memberi cintaku dlm magnitude dan arahnya sekali.
            Masihkah kau tak percaya?

Aku  :  Ya,aku percaya.Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau  :  Itu semua blh diabaikan.Yg aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang
           seragam.

Aku  :  Kau harus bersabar kerana sabar itu O.5 daripada iman.

Kau  :  Tapi imanku adalah infiniti!

Aku  :  Aku tak fikir yg kau infiniti krn kau belum mendarabkannya dgn 6 x 10n 23.

Kau  :  Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara,kau jugak
           yg susah krn aku akan mengalami hemolisis.

Aku  :  Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi.Aku telah mengalami plasmolisis.

Kau  :  Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini.Ku sangkakan kau intan,tapi rupa-rupanya kau grit.Pergi kau
           dari sini!Biarkan aku sendirian........

Aku  :  Haaahaha...fizik,kimia,biologi dan add maths pun ada....Best betul!!!

Oleh :Belle,5SE
  ~Majalah Al-Am!r 2O11 edisi 20~
( 29/5/12 , 11.50p.m )



No comments: