Wednesday, August 3, 2011

Kawallah Kemarahan !!!

Ada seorang pemuda yg sangat pemarah.Dia tidak mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari,bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?"Tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah , kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ni , bagi melepaskan kemarahanmu"jawab ayahnya.

Pada hari pertama sahaja,pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu , setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok tersebut.Akhirnya tibalah pada suatu hari , di mana pemuda tersebut tidak marah , walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu , pasal setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut.Pemuda tersebut lantas membaritahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangga.

Bapanya lantas memimpin tangan anaknya ke tembok tersebut dan berkata, " Kau telah melakukan dengan baik , anakku , tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok tersebut.Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah , ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka , sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.Tetapi ingatlah , tak kisah berapa kali kau mohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu , namun lukanya masih tetap ada.Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal!"

No comments: