Tuesday, June 7, 2011

KeLuhaN Hati Se0raNg WaNiTa


Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam,kita dizalimi,hak kita dicerobohi,kita ditanam hidup-hidup.Tiada penghormatan walau secebis daripada kaum Adam,tiada nilaian di mata Adam.Kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.Tapi kini apabila rahmat Islam menyelubungi alam apabila sinar Islam berkembang,darjat kita diangkat dan maruah kita terpelihara.Kita dihargai dan dipandang mulia dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu?Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya,kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih waswas dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia,sedarlah Hawa engkau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat terdiri daripada soleh dan solehah.
Engkau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.Tapi Hawa jangan sesekali engkau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,dengan ayu wajahmu,dengan lenggok tubuhmu.

Jangan engkau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.Jangan Hawa,jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan,alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,jangan engkau risau akan jodohmu.Ingatlah Hawa janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki.
Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir daripada mata turun ke hati,dari senyuman membawa ke salam,daripada salam cenderung kepada pertemuan dan daripada pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras muka.Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya.Lelaki yang wara' tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman mereka.
Tetapi Hawa,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan ad-dinnya.Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang wara' juga tidak mahu bermain cinta disebabkan dia tahu apa matlamat dalm sebuah hubungan antara lelaki dan wanita melalui perkahwinan.


Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,jagalah pakaianmu,jagalah lkhalkmu dan kuatkan pendirianmu.Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu.Biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu.Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah.Cintailah kedua-dua ibu bapamu kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

~n0vel RiNdu & AiR MaTa Di KtZi'0T~

No comments: