Thursday, May 31, 2012

Apabila MALAS bersuara

Orang kata aku jahat
Aku tak kisah
Orang mengumpat pasal aku
Aku tak peduli
Orang marahkan aku sebab rosakkan hidup orang
Aku buat tak tahu sudahlah
Tapi lama-kelamaan pedih ulu hatiku
Kesal campur simpati
Peluang ini aku guna agar orang yg kutuk aku sedar dan insaf
Aku MALAS anak LIAT
Tak pernah terlintas untuk goda korang semua
Perasan je lebih!
MALAS sebenarnya MALAS nak tulis banyak-banyak
Sebabnya MALAS
MALAS tahu korang gerenti MALAS nak baca
Di sini MALAS ingin buat rayuan
Tolong jangan salahkan MALAS
Jangan sebut nama MALAS lagi.
MALAS,MALAS nak dengar!
MALAS tak larat!
MALAS pun ada perasaan
Bapa MALAS,LIAT pun tak mampu nak kata apa dah.
Sebabnya dia LIAT dan MALAS
Teruk kan?

Ampunkan MALAS,bapa
Buat kalian,jangan tuduh MALAS sembarangan
MALAS tak bersalah
Kalian yang berdosa!
MALAS dah lali
Jadilah musuh MALAS
MALAS rela sendiri daripada menyusahkan hidup kalian
Kalian boleh bersahabat dengan RAJIN
RAJIN memang baik
Dia boleh bagi apa yang kalian nak
MALAS tak boleh!
Lepaskan MALAS
Relakan MALAS pergi...~

Karya:Li Shu Shiwan
(Majalah Al-Am!r edisi 20/2011)
(31/5/12 , 11.59p.m)

Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, May 29, 2012

ApaBiLa PeLaJar SaiNs BeRCinTaN

Science Boy : Kasihku,ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tak membuat sebarang anggapan?

Kau  :  Aku tak percaya kpdmu kerana kau ada kekasih baru utk menjalankan tindakbalas penggantian ke
           atas diriku.

Aku  :  Kau jgn salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini,krn aku dan dia masih lagi unsure dan
           bukannya sebatian.

Kau  :  Tapi,aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dgn kesetiaan yg ku berikan.

Aku  :  Tapi cintaku padamu adalah pemalar!

Kau  :  Aku masih lg belum mengerti lagi krn penyelesaian yg kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku  :  Tapi aku mengamalkan hukum Newton ke-3 di mana tindak balas cintaku sama dengan cinta yang
            kau  berikan.

Kau  :  Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahwa kau adalah random mempunyai janji-janji manis
           yang bergerak secara rawak.

Aku  :  Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Kau  :  Tetapi mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku  :  Aku harus menggunakan perintang boleh laras utk mengurangkan rintangan itu.

Kau  :  Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku  :  Itu masih belum diketahui,tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dgn menggunakan mikroskop cahaya.

Kau  :  Aku khuatir engkau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku  :  Nampaknya kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian
           segi tiga utk menyelesaikannya.

Kau  :  Tapi aku telah memberi cintaku dlm magnitude dan arahnya sekali.
            Masihkah kau tak percaya?

Aku  :  Ya,aku percaya.Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau  :  Itu semua blh diabaikan.Yg aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang
           seragam.

Aku  :  Kau harus bersabar kerana sabar itu O.5 daripada iman.

Kau  :  Tapi imanku adalah infiniti!

Aku  :  Aku tak fikir yg kau infiniti krn kau belum mendarabkannya dgn 6 x 10n 23.

Kau  :  Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara,kau jugak
           yg susah krn aku akan mengalami hemolisis.

Aku  :  Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi.Aku telah mengalami plasmolisis.

Kau  :  Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini.Ku sangkakan kau intan,tapi rupa-rupanya kau grit.Pergi kau
           dari sini!Biarkan aku sendirian........

Aku  :  Haaahaha...fizik,kimia,biologi dan add maths pun ada....Best betul!!!

Oleh :Belle,5SE
  ~Majalah Al-Am!r 2O11 edisi 20~
( 29/5/12 , 11.50p.m )



Thursday, May 3, 2012